my followers~~

Saturday, February 26, 2011

Charlie ooo Charlie ~~




MAKLUMAT KUMBANG ROVE
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Class : Insecta
Order : Coleoptera
Family : Staphylinidae
Species : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie etc.

Yang Menyebabkan Reaksi Kulit
Kumbang ini tidak menyengat atau gigit. Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan
(kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di
dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'paederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953.
Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada
badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit
kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/
staphylinidae) dermatitis’.
Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah
menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.



MORFOLOGI
Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kala jengking untuk menakutkan musuh.


HABITAT DAN TABIAT PEMAKANAN
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.


NASIHAT KEPADA SESIAPA YANG DIJANGKITI
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan.



Kesan Sampingan Oleh Makhluk Kecil Tersebut





hati-hati lah yerk...
=P
expecially yg berada die kawasan Pulau Pinang...
=D

sekian~~



www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...